Friday, December 24, 2010

BINTANG SEBUAH KISAH INDAH



Hari ini kekasih kita hari ini sudah menceceh usia 53 tahun,
banyak bakti telah dicurah,
banyak cendekiawan telah dilahirkan,
tidak kurang juga atlit negara bahkan lebih lagi pemimpin bangsa
semuanya bertitik tolak dengan sebuah bangunan usang,
sekolah tuanku abdul rahman,
namamu tetap harum sebagai sebuah legasi pendidikan bagi anak2 melayu di satu malaysia......
                     
SEBUAH EPILOG


bersama perginya lima musimku disini, 
ku lafazkan sebuah doa,
sumpah setiaku akan sekolah pusaka ini,
bahawa, lepaskan aku,
biarkan aku pergi mengenali,
hiruk pikuk, pahit getir,dan pancaroba dunia,
disebalik tiang2mu,
kerna kau telah mengajarku sebahagianya,
jadi izinkan aku merasai semuanya,

pernah ku terbaca sebaris puisi,
katanya hidup ini umpama terusan yang mengalir,
jika begitulah adanya,
di alma mater inilah aku merasa keruhnya,
dan,
sejauh manapun anak penyu berenang,
pasti akan pulang ke pantai kelahirannya,
dengan cita2 meneruskan zuriatnya,
begitulah juga aku,

pohon rendang, pohon2 hujan
semoga ingatanku ini akan berkekalan,
mencengkam masa, memendam rasa,
amin .

from: si dia bernama amir

Wednesday, December 22, 2010

IBU TAK BERDAYA LAGI ALYAH......


diadaptasi dari mastika dan diubah  untuk dijadikan pedoman


Alyah, masih ingatkah kau kepada ibu? Sekiranya alyah membaca surat ini doakan ibu ya. Alyah masih ingatkah dikau waktu kecilmu? Semua orang sukakan alyah.Alyah comel, rambut kerinting,orang suka cubit pipi alyah yang gebu itu. Ibu ingat lagi waktu alyah baru belajar berjalan.Alyah nampak comel sangat bila alyah sebut nama ibu bila alyah terjatuh.Ibu angkat alyah dan bimbing alyah jalan.Ingat lagikah Alyah waktu itu?Alyah, ingat lagi waktu sekolah rendah dulu? Ibu setiap hari bawak alyah pergi sekolah, waktu balik ibu tunggu alyah depan pagar.Panas.Walapun penat, ibu tak kisah kerana alyah anak ibu seorang sahaja. Ibu tak ada dua atau tiga alyah, tapi ibu ada seorang sahaja anak tunggal ibu.Ibu selalu bagi alyah minum air sejuk yang ibu bawa.Alyah teguk laju2 lerana kehausan.Ibu suka tengok muka alyah sebab puas minum air sejuk.Alya ingat tak ibu selalu belikan alyah jajan kat kedai mak limah, ibu tahu alyah suka makan sebab itu ibu selalu belikan.Ibu bahagia sangat sebab ada alyah hadir dalam hidup ibu.Tapi semuanya berubah selepas kematian ayah.Alyah selau merajuk tak tentu pasal, alyah jerit kepada ibu alyah marah sebab ayah dah tak ada.

 Alyah, walauapapun yang berlaku, alyah tetap anak ibu,.Walau seteruk manapun anak ibu, kasih ibu tak pernah berhenti ibu curahkan kepada alyah.Tetapi, mengapa alyah tak mengerti?Alyah semakin kurang ajar.Ibu ingat lagi, waktu tingkatan 2 alyah pernah sekali tengking ibu sebab makan benda sama tiap2 hari.Alyah jerit, nak makan makanan yang mewah2.Alyah, ibu faham alyah nak makan makanan yang sedap.Kalau boleh tiap hari ibu belanja alyah makan sedap2.Tapi apakan daya alyah, ibu tak mampu, ayah dah tak ada, ibu kena kerja keras  untuk menampung hidup kita.

Setiap hari lepas balik sekolah, alyah mesti marah ibu sebab ibu tak belikan alyah telefon bimbit.Alyah marah sebab kawan2 alyah semua dah ada telefon bimbit alyah sorang je tak ada. Alyah tengking, marah , hentak kaki, dan paling dahsyat sekali alyah tampar ibu sebab ibu tak belikan alyah telefon bimbit.Hati ibu retak, hancur, menangis ibarat telah ditikam anak kesayangan ibu sendiri.Alyah...ibu kerja jual kuih mana mampu nak beri kemewahan kepada alyah, alyah kena faham.Sesudah puas alyah remuk hancurkan hati ibu alyah keluar sampai malam baru balik dan terus tidur.Ibu nak alyah tahu, walaupun alyah tidak meminta maaf tetapi hati seorang ibu akan sentiasa memaafkan anaknya walau seteruk mana hati ini dilukai.

Alyah, masihkah kau ingat satu hari itu. Ibu sentiasa ingat hari itu. Alyah jerit melontarkan kata2 kesat kepada ibu.Alyah baling semua barang2 ibu selongkar almari ibu.Alyah kata nak beli motor.Ibu kata, alyah ibu tak cukup duit nak puaskan semua kehendak alyah, alyah kenalah faham.Alyah marah.Habis semua barang ibu alyah selongkar.Kalau ibu ini boleh dijual, alyah akan jual gamaknya.Di malam hari, ibu menangis mengenang ayah, dan anak ibu.Bila ibu imbas kembali, ibu ingat muka alyah yang comel, rambut kerinting, dan muka tembam alyah.Ibu kembali senyum. Semua tanah pusaka ayah, ibu jual demi memenuhi kehendak alyah.
Alyah gembira.Ibu pun senang.Ibu suruh alyah bawa hati2 jangan ganas2.Setelah, ibu belikan motor, alyah sering pulang malam.Jarang ibu nak nampak alyah kat rumah.Alyah, ibu rindu alyah cakap i love mama!, ibu rindu alyah cium pipi ibu macam dulu dan paling ibu rindu ialah pelukan alyah yang penuh dengan kasih sayang.Ibu ibarat hidup sebatang kara.

Sangkaan ibu benar, tak sampai sebulan ibu belikan motor alyah terbabit dalam kemalangan.Alyah koma.Ibu menangis kerisauan.Senyuman ibu kini kian tawar berbisa.ALYAH ANAK IBUUU...Ibu lawat alyah dihospital . Ibu sanggup berjaga malam untuk jaga alyah.Setelah 2 minggu alyah kembali pulih.Ibu gembira.Tapi, alyah tak pernah serik, alyah masih bawa motor waktu malam dan keluar dengan remaja2  lelaki liar setiap malam.Setiap hari alyah marah ibu dan mitak duit2.Ibu ini ibarat barang bagi alyah yang hanya alyah gunakan ketika perlu.

Alyah, alyah ingat tak pada tarikh 13 mei? Pada tarikh inilah alyah memberi ibu hadiah yang paling bermakna yang tak akan ibu lupakan.Pada petang itu, ibu tengah makan nak.Alyah datang dan terus sepak pinggan ibu.Alyah jerit mintak duit2.Itu saja perkataan yang keluar dari mulut alyah.Ibu lapar nak seharian ibu tak makan alyah datang dan terus sepak pinggan ibu.Hancur luluh hati ibu alyah kerjakan.Hati ini alyah robek sepuas2nya.Ibu ini ibarat tak ada nilai bagi alyah.Mana perginya anak ibu yang comel dan taat waktu dulu? Ibu rindukan kasih sayangmu alyah.......

Alyah, sekiranya alyah membaca surat ini, ibu nak alyah tahu kasih ibu hanyalah untuk alyah seorang sahaja. Walaupun alyah dah robek , pijak hati ibu ini ibu tetap memaafkan kesalahanmu alyah.Alyah, andainya ibu melelapkan mata esok hari tanpa pelukan kasihmu, ibu redha nak, kerana alyah adalah anugerah tuhan kepada ibu.Ibu rasa ibu telah gagal nak.Segala pengorbanan ibu ibarat tidak ada erti untukmu alyah.masihkan kau ingatkan ibu alyah?Ibu harap alyah doakan ibu untuk perjalanan seterusnya .ALYAH seorang sahajalah anak ibu.Selamat tinggal alyah, jaga dirimu baik2

ibumu yang tak pernah penat menjagamu.


.....................................................................................................................................................................

INGATLAH BETAPA BESARNYA PENGORBANAN SEORANG IBU

Tuesday, December 7, 2010

SHIT? BAHAGIAN 1


Apa itu shit?
Shit itu banyak jenisnya.Dari perut turun kebawah dan keluar.Baunya busuk.Mengga,mbarkan betapa hinanya shit itu.SO??? ape kaitannya dengan blog ini?? Bukan niat untuk bercakap kotor, tetapi untuk menggambarkan betapa busuknya dunia hari ini,Dari pelbagai aspek kita boleh lihat dan boleh mengatakan dunia ini sudah busuk kerana tamadun didalamnya.Aspek penghakiman.Tak perlu pergi jauh2 lihat di malaysia sahaja.Bagaimana  kita lihat pada hari ini, di mahkamah syariah itu sendiri peguambela juga terdiri dari golongan bukan islam.JADI, bagaiman sistem penghakiman berlandaskan islam itu dapat ditegakkan?Isu anwar ibrahim misalnya, mengapa dibicarakan di mahkamah sivil sedangkan selayaknya dibicarakan di mahkamah syariah kerana IANYA MELIBATKAN HUKUM HAKAM  AGAMA ISLAM itu sendiri.Ribuan isu murtad di negara ini juga diletakkan dibawah mahkamah sivil. Jadi tidak hairanlah orang keluar masuk islam sesuka hati.Dek kerana terlalu  taksub dengan amalan demokrasi, agama diperjudikan. Agama nahya pada ic buat apa kalau penghayatan tidak ada. Tak hairanlah jika raja mesir enggan menolong palestin.Ini semua kerana apa?kerana isu kecil2 macam inilah yang berlaku.Sikit2 lama2 jadi bukit.Betullah tu gamaknya. Sikit2 kekotoran tak apa, tunggu jadi busuk semuanya.Untuk bahagian pertama mungkin ini sahajalah.Sambungannya mungkin lebih busuk daripada apa yang kita ada pada hari ini.Sesungguhnya islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan islam sebenarnya.

Thursday, December 2, 2010

INIKAH CINTA?

View Image
Cinta . Semua orang mesti bercakap tentang cinta.Apa itu cinta sebenarnya?Cinta itu ibarat coklat.Manis rasanya . Boleh juga diibaratkan tuba. Sakit rasanya. Jadi, inikah cinta?

pernah kubilang,andaikata mentari mendampingi bumi,
andaikata badai melanda lagi,andaikata ribut mengamuk ke sini,
aku aku tetap teguh, Tapi, pokoknya,Kenapa kau masih tak mengerti.?

yang kerikil kau sangkakan berlian, yang permata kau sangkakan hina,
yang benar ditegaskan dusta, yang jelas dikatakan kabur,
Ahhhh..... Aku bingung, tak mengerti, kenapa kau tak pernah memahami?

Pernah jugaku bilang yang kau tu raja sehari,Tak percaya?
Usah berselindung lagi,
Ku puji kau dari hati, kau caci aku babi,
ku puji kau bunga, ku diibaratkan tahi,
ku bilang kau handal, kau tuduhku sundal,
Senyumanku kian tawar berbisa,

Hati kecil ini bertanya, Tak puas lagikah kau memijakku, pernahkah kau tangisi?
Telah ku bilang kau inspirasiku,  Tapi kau tak percaya sebaliknya,
Perkara remeh tak pernah temeh,Yang besar makin ditular,
yang diomong tak pernah kosong, mendamparkan aku ke tanah gersang,
kekontangan,
dari suka meleret duka,dari senyum kau rombak jiwa,
dari ceria kau terus curiga, lantas kau bangkit,
marah, parah berdarah, 
aku terkulat berat, mentedari hakikat,
yang kau berubah menikut tingkat,
pernahkah kau lewati?

Mataku menatap wajah angkasa,
Melepaskan titisan air dari kolam mata,
mengharapkan kepulangan jasadmu yang dulu,

Cinta...eehhhmmm.. terpulang ikut fiil manusia hendak bilang cinta itu bagaimana.Tapi sebaiknya cintalah kepada yang ESA.

Wednesday, December 1, 2010

UNTUKMU BINTANG

di penghujung langit merah,
ketika musim gersang demit,
dan bumi rindu merah merekah,
dan mengalir derasnya air sungai kinta,
Yang jernih benar airnya pada hari ini
dengan titisan air mata anak melayu,
melayu sekolah pusaka bumi kinta,
melayu maha segala melayu,
melayu ketuanan melayu,
melayu sekolah melayu,

Dan setelah sekian lama kudisini,
Ku tulis sebuah puisi sebelum ku pergi menggenggam memori,
Di penjuru kamarhati ku lontarkan harapanku dan kepercayaanku,
Bahwa bukan sekadar tiang2 bisu,
bukan sekadar dinding sejuk membeku,
Kerna kau buatku sedar,
manusia bukan semuanya manusia,
orang buta bukan semuanya tidak nampak,
orang bisu pun boleh berkata,
inikan pula yang cacat berlari ketawa,

dan setelah lima musimku disini,
aku yakin dan berani aku bersumpah,
bahwa kau seorang guru,
petah bicaramu,
bahwa kau seorang ibu,

Damainya aku ketika angin ipoh bertiup nan salju,
Kerna kau mendidikku kau bintangku,
Guru ajarlah adik-adikku dengan baik,
biarlah dia jadi ningrat berilmu ,
biar dia merubah bangsaku bangsa melayu,
ibu damaikanlah adik-adikku dengan baik,
biar tahu apa itu rindu, biar tahu apa itu derita,
biar dia rasa rasa masa2 duka, biar dia rasa masa2 suka,
terima kasih ibu bintang jaga dirimu baik2,

kisah sebenar 9\11

9\11 tarikh keramat inilah yang mengubah permikiran dunia bahawa islam itu terrorist islam itu pengganas.WTC telah runtuh kononnya dilanggar kapal terbang angkara konspirasi osama bin laden. Peristiwa ini juga sebenarnya menyebabkan orang barat takut dengan nama "muhammad" iaitu nama rasul kita yang agung. Buktinya , cuba anda yang ada nama muhammad dalam ic nya, mendarat di lapangan terbang di negara-negara barat seperti, US ,dan german terutamanya anda pasti akan ditahan kerana nama anda ada "muhammad".Inilah yang dikatakan "islamophobia" iaitu fobia terhadap agama islam.Oleh itu, tidak hairanlah jika seseorang islam iitu sendiri memandang agamanya sendiri dengan hina dan tidak mengikuti ajarannya kerana apa? kerana golongan ini mempercayai bahawa islam itu agama pengganas.Sungguh bijak orang barat hari ini kerana berjaya menipu masyarakat dunia serta orang islm itu sendiri bahawa itu pengganas.Namun, apa yang disebalik batunya, sebenarnya barat cuba melindungi pelbagai perbuatan kotor mereka.Sudah baling batu sorok tangan pula. Sebenarnya, pada tarikh tersebut yahudi sedang menyerang goyyim(org bukan yahudi) yang berada di palestin sana.Apa yang paling kejam ialah mereka menangkap seorang ayah dan anak dan kemudian membunuh si ayah dihadapan anak tersebut.Bagaimana dengan peristiwa sebelumnya adakah masyarakat dunia ambil kisah? Kini palestin diratah selahap-lahapnya tetapi umat dunia menganggap itu hanyalah cara israel mempertahankan "negara" yang sebenarnya tidak wujud mereka.Siapa pengganas siapa mangsa sekarang?Baiklah.imbas kembali rakaman video WTC hancur.Sungguh tidak logik.Secara fiziknya, kalau kita lihat kalau sesuatu benda melanggar sesuatu yang tegak adakah ianya kan jatuh kedepan atau kebawah??Baiklah cuba anda ambil satu objek tegak seperti botol dan cuba tolak botol tersebut?Jatuhnya kehadapan bukan? Tapi dalam rakaman video tersebut sebaik sahaja bangunan tersebut dilanggar ia jatuh kebawah. Kalau lagi tajam lagi kita dapat lihat lebih kurang 0.5 saat sebelum bangunan tersebut dilanggar sudah roboh sedikit.Lagi satu, macam mana pula rakaman tersebut dapat diambil dari pelbagai sudut? Kamera seperti sudah tahu sesuatu bakal berlaku pada bangunan tersebut.Inilah dia tipu daya barat yang berjaya menggelapkan mata umat dunia.Oleh itu sentiasa waspadalah kita dari tipu daya barat yang licik ini.

Monday, November 29, 2010

SI TINGGI LAMPAI YANG MASIH BELUM PUAS: AYATUL KURSI (KISAH BENAR)

SI TINGGI LAMPAI YANG MASIH BELUM PUAS: AYATUL KURSI (KISAH BENAR): "Reminisce back to the past, aku teringat satu peristiwa hidup aku.Ceritanya bermula begini, satu hari waktu dalam perjalanan pulang dari ste..."