Monday, November 29, 2010

ceritera budak asrama

Kehidupan di asrama mengajarku 1001 satu kemahiran dan ilmu yang akan kuguna pakai di kemudian hari.Namun sebagai seora manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesilapan. Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan.Nak dijadikan cerita, satu malam, waktu prep aku perlu menghadiri latihan "debate" atau singkatanya db8. Argghhh! dah lah buar silap , kes x betul, tu x betul ni x betul, kau perlu improve lagi jgn jadi seorang "noob" waktu debate . Lepastu, nasihat f2 yang lain jangan datang lambat!!! .Inilah lumrah aku sebagai seorang debater yang baru nak belajar.Aku dalam masa yang sama perlu memimpin f2 yang lain untuk berdikari(belajar+berdiri+atas kaki+sendiri) jika memilih untuk terus maju dalam bidang ini. Huh latihan habis pukul 12 a.m.Mata sudah berat.Bantal sudah memanggil.Malasnya nak jalan kaki balik dorm. Dorm aku terletak jauh dari kelas dan perlu menaiki tangga untuk sampai.Rakan2 yang lain semua dah selamat sampai dorm sebab dekat.Apalah nasibku......huhuh........Tiba2 aku terasa sejuk semacam. Bulu romaku menegak.Ade seuatu yang tak kena nih. Aku pun membuka langkah seribu dan pecut selaju-lajunya kerana perasaan cuak sudah menguasai diri ini. Sampai satu tahap aku berhenti..Fuwwhhh! pancit dowh... aku pun berjalan .Ahhh... anign malam memang menyejukkan. Aku lihat semua blok dah padam lampu dan keadaan menjadi gelap gelita.Tiba2 perasaan aneh tadi datang kembali. Aku beristighfar banyak dalam hati ketika lalu di bawah pokok besar belakang black house ni.Tiba2 aku teringat pesan nenekku ,"waktu lalu bawah pokok jangan pandang atas..", Dengan tidak semena-menanya aku pun pandang atas."..............". terkaku aku apabila aku melihat ada lembaga putih sedang melambai-lambai kearahku. Aku tergamam lalu lari sekuat hati ke dorm.Huh2......BANG! aku membuka pintu dorm sekuat hati. Pintu yang paling dekat sekali ialah pintu belakng tetapi katilku berada di hadapan dorm.Astaghfirullah aku beristighfar.Jam di tangan menunjukkan 12.15 tangah pagi.Aku pun berjalan menuju katilku. Sedang aku berjalan, anak mataku, dapat melihat "benda purih" di belakang katil rakanku. "Polestrin je tu".Aku menyedapkan hati sebab kami gunakan polestrin untuk hias dorm. Tiba2 benda putih tadi bergerak dari belakan katil ke hadapan. "arghh" hatiku berbisik. Sesamapi sahaja aku dikatil aku., aku pandang belakang dan aku lihat seorang kanak-kanak lebih kurang besar budak 3 tahun berkulit putih merbak sedang bermain-main di ruang dorm seperti seorang kanak-kanak biasa.Darahku menyirap."Anak siapa pulak main tengah pagi buta ni?" Jantungku berdegup kencang.Aku letak barang atas katilku dan pergi ke depan dorm dan terus tidur disebelah rakanku.Aku dapat rasakan makhluk tersebut cuba mengacauku dengan bermain dihadapan katil rakanku.Aku pun beristighfar banyak kali dan tidur." keesokan paginya aku bangun lambat.Itulah antara ceritera yang dilalui oleh budak asrama.Hahahaha..............p\s jgn lupa basuh kaki sebelum tidur

2 comments:

  1. citer ko seram gak ek.....fuh..tp x kan smpai sini jer :(

    ReplyDelete